About | HeinOnline Law Journal Library | HeinOnline Law Journal Library | HeinOnline

11 JMCL 179 (1984)
Akta Pembahagian 1958

handle is hein.journals/jmcl11 and id is 187 raw text is: AKTA PEMBAHAGIAN 1958

Sejarah dan Latarbelakang
Tujuan makalah ini adalah untuk mendalami Akta Pembahagian 1958
yang mengaturkan pembahagian harta pesaka seseorang bukan Islam yang
berdomisil di Semenanjung Malaysia dan meninggal dunia tak berwasiat.'
Malaysia mempunyai pelbagai undang-undang yang mengawasi pem-
bahagian harta pesaka tak berwasiat. Akta Pembahagian 1958 tidak ter-
pakai di Sabah dan Sarawak. Di Sabah pembahagian harta pesaka
seseorang bukan Islam dan seseorang yang bukan penduduk asli yang telah
meninggal dunia tak berwasiat adalah tertakluk kepada Ordinan Perwarisan
Tak Berwasiat 1960.'a Di Sarawak pula tidak terdapat apa-apa statut yang
mengawasi pembahagian harta pesaka tak berwasiat bagi orang-orang
bukan Islam. Undang-undang persendirian dan adat simatilah yang
mengaturkan pembahagian tersebut. Di Semenanjung Malaysia pula ter-
dapat satu keistimewaan di dalam kes orang-orang Parsi yang berdomisil
di negeri-negeri yang menjadi negeri-negeri Selat dahulu. Mereka adalah
tertakluk kepada Ordinan Perwarisan Tak Berwasiat Parsi.2 Tiada satu
pun di antara statut yang disebutkan di atas tadi menyentuh harta pesaka
orang-orang Islam. Harta pesaka orang-orang Islam adalah tertakluk
kepada Undang-undang Islam dan juga, jika terpakai, kepada Undang-
undang Adat.3
Sebelum sistem Residen British dikenakan ke atas beberapa buah negeri
Melayu di akhir abad ke 19, penduduk-penduduk bukan Islam di Semenan-
jung Melayu bertumpu di negeri Pulau Pinang dan Melaka. Undang-
undang Inggeris telah diterima secara formal di negeri Pulau Pinang di
dalam tahun 1807 dan di Melaka pada tahun 1826. Penerimaan formal
ini mengikat mahkamah-mahkamah di Pulau Pinang dan Melaka agar
mengenakan undang-undang Inggeris dan dengan itu harta pesaka tem-
patan tak berwasiat di negeri-negeri itu telah tertakluk kepada Statut Pem-
bahagian Inggeris. Anehnya, Statut Pembahagian Inggeris itu dikenakan
ke atas kedua-dua orang-orang Islam dan bukan Islam. Oleh kerana tidak
terdapatnya mana-mana perundangan yang memberi kuasa kepada
Mahkamah di Pulau Pinang dan Melaka agar memakai undang-undang
Satu pengajian yang terdahulu dari ini ialah sebuah kertas projek yang tidak diterbitkan bertajuk
A Critical Study of the Non-Muslim  l.aw of Itestate Distribution in West Malaysia oleh Cik
lo Moci Ching, ditulis sebagui sawn  kepcrluan bagi ijazah LL.B Universiti Malaya.
Intestate Succession Ordinance 1960.
2Parsee Intestate Succession Ordinance (S.S. Cap. 54).
3Sila lihat Datuk Profesor Ahmad Ibrahim, The Distribution of Estates According to Shqfii Law
(1976).

What Is HeinOnline?

HeinOnline is a subscription-based resource containing thousands of academic and legal journals from inception; complete coverage of government documents such as U.S. Statutes at Large, U.S. Code, Federal Register, Code of Federal Regulations, U.S. Reports, and much more. Documents are image-based, fully searchable PDFs with the authority of print combined with the accessibility of a user-friendly and powerful database. For more information, request a quote or trial for your organization below.



Short-term subscription options include 24 hours, 48 hours, or 1 week to HeinOnline.

Contact us for annual subscription options:

Already a HeinOnline Subscriber?

profiles profiles most