About | HeinOnline Law Journal Library | HeinOnline Law Journal Library | HeinOnline

5 Malaysian J. Syariah & L. 1 (2017)

handle is hein.journals/mlsnjl5 and id is 1 raw text is: 



                                                                             ISSN: 1985-7454
                                                                         Volume 5 (khas), 2017





        PERWARISAN TANAH ADAT/ULAYAT DI INDONESIA DAN MALAYSIA
                 DALAM ADAT PERPATIH : SATU TINJAUAN SYARAK

                            Muhammad   Aunurrochim Mas  'ad Saleh
                                    Nik Rahim  Nik Wajis
                                Mualimin  Mochammad   Sahid
                                     Setiyawan Gunardi
                                  Mohd.  Nasir Abdul Majid
                                  Mariam Saidona Tagaranao
                                     Nuur Athirah Ramli'

           Fakulti Syariah dan Undang-Undang,Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)


                                         ABSTRAK

Dalam  adat perpatih yang diamalkan sehingga ke hari ini, pusaka ini dianggap sebagai harta milik
seluruh ahli keluarga yang diwariskan secara turun temurun melalui pihak perempuan (garis keturunan
ibu). Berdasarkan kepada hukum warisan Islam (faraidh), amalan adat perpatih dalam pembahagian
harta pusaka tinggi (tanah adat/ulayat) ini dilihat bercanggah dengan hukum yang telah ditetapkan
dalam  Islam. Walaubagaimanapun,  terdapat perbezaan pandangan dalam menerima  amalan  ini di
kalangan  masyarakat. Ada  yang  menerimanya  sebagai  satu amalan yang  berdasarkan  kepada
pendekatan  hukum   wakaf  keluarga (waqaf  dzurri) dan  ada juga  yang  menentangnya   serta
menganggapnya   sebagai satu amalan yang bercanggah  dengan hukum  Islam dalam  pembahagian
warisan (faraidh). Menerusi kajian literatur dengan menggunakan kaedah perbandingan di antara
hukum  adat dan hukum  syariah, kertas kerja ini akan membentangkan isu-isu berkaitan tanah adat
sebagai harta pusaka yang  diamalkan dalam  adat perpatih. Cadangan sebagai jalan keluar bagi
ketidakjelasan hukum dalam amalan warisan pusaka tinggi (tanah adat/ulayat) disebabkan perbezaan
pandangan  di antara golongan yang tidak bersepakat sama ada ia dilarang ataupun dibenarkan dalam
syarak. Hasil kajian mendapati bahawa jalan tengah yang boleh diambil dalam menyelesaikan isu
hukum  amalan warisan tanah adat ini adalah menerusi pendekatan wakaf keluarga (dzurri) dengan cara
menjadikan pihak perempuan yang mewarisi harta tersebut hanya sebagai pemegang amanah. Oleh itu,
status tanah tersebut adalah harta wakaf yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak keluarga namun
tidak boleh diperjualbelikan.

Kata kunci:  Tanah adat, tanah ulayat, harta pusaka, pusaka tinggi, adat perpatih, wakaf keluarga,
wakaf dzurri, pusaka islam.

                                        ABSTRACT

In the practices of Perpatih Customs (Adat Perpatih) practiced to this day, this heir is considered to be
the property of all family members inherited from generation to generation through female parties or
lineage of mother (matrilineal system). Based on the Islamic heritage law (faraidh), the practices of
Adat Perpatih in terms of the distribution of high estate (customary land / tanah adat) is seen to be
contrary to the law set out in Islam. However, there is a difference in opinion regarding the acceptance
of this practice among the community. Some have accepted it as a practice based on the family waqf
law (waqaf dzurri) while others have opposed it as well as regard it as a practice contrary to Islamic law
in the division of inheritance (faraidh). Through literature review using comparative methods between


1


1 aunn25 @usim.edu.my

What Is HeinOnline?

HeinOnline is a subscription-based resource containing thousands of academic and legal journals from inception; complete coverage of government documents such as U.S. Statutes at Large, U.S. Code, Federal Register, Code of Federal Regulations, U.S. Reports, and much more. Documents are image-based, fully searchable PDFs with the authority of print combined with the accessibility of a user-friendly and powerful database. For more information, request a quote or trial for your organization below.



Short-term subscription options include 24 hours, 48 hours, or 1 week to HeinOnline.

Contact us for annual subscription options:

Already a HeinOnline Subscriber?

profiles profiles most