About | HeinOnline Law Journal Library | HeinOnline Law Journal Library | HeinOnline

4 Malaysian J. Syariah & L. 1 (2016)

handle is hein.journals/mlsnjl4 and id is 1 raw text is: 



                                                                        ISSN: 1985-7454
                                                                        Volume 4, 2016





              PEWARISAN HARTA ORANG HILANG (AL-MAFQUD):
  TINJAUAN TERHADAP PANDANGAN SYARIAH DAN PERLAKSANAANNYA'

                                Mushaddad  Hasbullah2
                            Mohamad   Zaharuddin Zakaria3
                                 Zahari Mahad Musa2

ABSTRAK

Permasalahan berkaitan orang hilang (al-mafqud) merupakan isu yang sangat penting untuk
dibincangkan khususnya setelah berlaku pelbagai kejadian yang melibatkan kehilangan orang-
orang  yang  tidak dapat dikesan sama  ada  disebabkan  oleh kecelakaan, perperangan,
pemerdagangan  manusia dan tidak kurang juga yang menghilangkan diri tanpa dapat dikesan.
Kehilangan tersebut membawa  kesan yang besar khususnya dalam pembahagian harta pusaka
yang  melibatkan bahagian  orang  hilang tersebut ataupun hartanya sendiri yang perlu
dibahagikan  kepada  waris yang  lain. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk  meneliti
pendekatan  yang paling sesuai dalam menyelesaikan isu pembahagian  harta pusaka yang
membabitkan   orang hilang khususnya di kalangan umat  Islam. Kajian ini menggunakan
kaedah  kualitatif untuk mendapatkan maklumat-maklumat   berkaitan pewarisan harta al-
mafqud. Kajian Teks  digunakan dengan  merujuk kitab-kitab fiqh klasik dan baharu untuk
mendapatkan   maklumat   kajian. Kajian  mendapati  terdapat beberapa  kaedah   untuk
menyelesaikan  pembahagian   harta pusaka  orang  hilang. Justeru, penulis mengambil
pendekatan yang paling sesuai dalam menentukan pembahagian  tersebut dengan mengambil
kira kemaslahatan semua pihak yang terlibat terutamanya ahli waris.

Kata kunci: Pewarisan, harta pusaka, orang hilang, al-mafqud, syariah



PENDAHULUAN

Al-Mafqud  dari sudut bahasa merupakan kata nama maf'ul (objek) yang berasal daripada kata
kerja 32yang bermaksud  tiada; contohnya:


bermaksud:  Dia merasai kehilangan sesuatu dan mencarinya: Dia  mencari-carinya ketika
ketiadaannya. Di dalam contoh yang lain: seorang wanita yang kehilangan: apabila anaknya
meninggal dunia atau kesemua anak-anaknya meninggal dunia (Ibn Manzur, 1414H).





          ' Draf asal artikel mi telah dibentangkan di Konvensyen Pewarisan Harta Islam kali ke-3 pada 4 dan 5 November
          2014 di Auditorium Dsury Kompleks, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sembilan.
          2 Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
          4 Timbalan Pengarah Institut Pengurusan Harta dan Kewangan Islam (IFWMI), Universiti Sains Islam Malaysia
          (USIM).


1

What Is HeinOnline?

HeinOnline is a subscription-based resource containing thousands of academic and legal journals from inception; complete coverage of government documents such as U.S. Statutes at Large, U.S. Code, Federal Register, Code of Federal Regulations, U.S. Reports, and much more. Documents are image-based, fully searchable PDFs with the authority of print combined with the accessibility of a user-friendly and powerful database. For more information, request a quote or trial for your organization below.



Short-term subscription options include 24 hours, 48 hours, or 1 week to HeinOnline.

Contact us for annual subscription options:

Already a HeinOnline Subscriber?

profiles profiles most